TUGASAN POWERPOINT (INDIVIDU)
TUGASAN INFOGRAFIK (INDIVIDU)
TUGASAN INDIVIDU EDMODO
Assignment 1
Modal
RM 1 juta
Apakah
jenis perniagaan yang hendak dijalankan?
Bagaimana
untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Sekiranya
saya mempunyai modal RM 1 juta, saya ingin membuka stesen minyak. Kenapa saya
memilih jenis perniagaan ini kerana di sepanjang jalan UMS hanya satu stesen
minyak sahaja yang terdapat di situ iaitu Shell. Namun ia terletak berhampiran
round about, jadi menyukarkan para pengguna untuk pergi jauh lagi. Stesen
minyak yang akan saya buka adalah berdekatan dengan UMS, ini adalah kerana
memudahkan para pengguna seperti pensyarah, pelajar dan orang awam untuk mengisi
minyak. Para pengguna tidak perlu lagi pusing jauh kerana terdapat stesen yang
berhampiran. Contohnya para pelajar yang tinggal d UA, IP dan sebagainya
bolehlah singgah ke stesen minyak saya.
Untuk
memastikan perniagaan untung ialah:
1)
Menyediakan
kemudahan pengguna dari segi perkhidmatan seperti tandas, bilik solat,
penyediaan makanan dan minuman dan servis kereta. Dengan adanya kemudahan ini,
para pelanggan dapat membeli makanan dan minuman, bersolat dan menggunakan
bilik air, secara tidak langsung dapat menarik hati pelanggan untuk mengisi
minyak di stesen minyak tersebut.
2)
Pekerja
yang berkualiti iaitu cekap, amanah dan berintegriti. Dengan adanya sikap ini,
para pelanggan akan berpuas hati dengan layanan para pekerja yang mesra, cepat
dan menepati kehendak pengguna.
3)
Mengetahui
harga pasaran iaitu naik turun harga minyak bagi memastikan stok minyak
sentiasa mencukupi.
4)
Dari
aspek keselamatan pula ialah selamat daripada bencana alam iaitu membina stesen
minyak pada ketinggian melebihi aras laut. Kedua sistem perparitan yang betul
supaya mengelakkan banjir berlaku di kawasan premis.
Assignment 2
Multimodality
Apakah
definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?
Teori multi modaliti bermaksud para guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah
dalam pengajaran dan pembelajaran. ini kerana pelajar mempunyai pelbagai
kecerdasan yang pelbagai menurut Howard Gardner. Ini bermakna sebahagian
pelajar lebih suka memahami apabila mendengar, sebahagian pelajar yang lain
lebih suka memahami apabila melihat manakala yang lainnya lebih suka memahami
apabila melihat dan mendengar. Oleh sebab itu, software pendidikan perlu
memuatkan kombinasi teks, grafik, suara, animasi dan video dengan lebih bijak.
Perkembangan ini yang disebut dalam media pendidikan dengan istilah multimedia.
Multi modality instruction pula ialah penyediaan maklumat penting dan tugasan dalam bentuk dua format lisan dan visual supaya pelajar dapat akses kepada proses p&p.
Assignment
3
Sila respon untuk isu ini pula:
i)
Cuba
kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii)
Cuba
kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii)
Cuba
kaitkan penggunaan video dengan HOTS
(higher order thinking skills)
iv)
Cuba
kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar
v)
Cuba
kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i)
Cuba kaitkan penggunaan
video dan stail pembelajaran
-Penggunaan Multimedia seperti video dapat membantu pelajar lebih mengingat sesuatu fakta atau memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana penggunaaan video dalam p&p mengabungkan elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik.

Cuba kaitkan penggunaan video dengan
ubiquitous learning
-p&p ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. Pelajar tidak perlu berada di kelas, tetapi pelajar boleh belajar melalui online seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah, dengan bahan e-pembelajaran dan rakan pelajar serta interaksi antara pelajar dengan pelajar

Cuba kaitkan penggunaan video
dengan HOTS (higher order thinking skills)
-penggunaan video dapat menggalakkan perayauan dan eksplorasi dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills). Ini kerana ia dapat ) menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audio dan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dan dari satu media kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku.

cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran
sosial pelajar.
-Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari segi kreativiti dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan
ilmu,motivasi,kepimpinan,danpembelajaran koperatif.

cuba kaitkan penggunaan video dengan
peningkatan kesedaran
-pelajar mempunyai kesedaran diri dari segi pelbagai sudut terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam subjek sejarah dapat menerapkan semangat patriotik melalui penayangan video berkaitan dengan kemerdekaan Negara. Selain itu, penggunaan video banyak membantu menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar. Misalnya, video berkaitan dengan patriotisme (nyanyian atau drama). Pelajar dapat mempelajari nilai seperti cinta akan negara.

Assignment 4
Apakah
kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Antara kekangan yang dihadapi
sekiranya menggunakan video dalam kelas ialah boleh dilihat dari sudut kekangan
kepada guru, pelajar dan material atau bahan. Pembelajaran dan pengajaran tidak
akan berlaku sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. kedua, murid
tidak akan fokus kerana tiada komunikasi 2 hala diantara guru dan pelajar.
selain itu, pembelajaran tidak akan berkesan kerana kerana tertumpu kepada
pemusatan bahan BBM tanpa penerangan yang sepenuhnya daripada guru.
Assignment 5
Bagaimana
mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Terdapat 3 peringkat cara menggunakan video dalam kelas iaitu:
i) Sebelum- pastikan ada bekalan elektrik-ada LCD- ada projektor-pastikan juga alat permain video berfungsi dengan baik dan cuba test dulu video tersebut samada berfungsi dengan baik atau tidak.
ii) Semasa- pastikan ada back up bekalan elektrik sepanjang video dimainkan.
iii) Selepas- pastikan semua alat yang dipinjam daripada makmal komputer dipulangkan balik dan pastikan semua suis di padamkan.
Assignment 6
Assignment
manipulatives
Kemahiran manipulative ialah
kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti seperti
menggunakan dan mengendalikan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan
bahan sains dengan betul dan selamat. Ia merupakan aktiviti pelajar d luar atau
di dalam bilik darjah dan mereka belajar menghasilkan sesuatu. Tujuan kaedah
projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman
pelajar berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Ia juga membantu pelajar
bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu. Ia juga
dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti
soalan.
Assignment 7
Video Dalam Pendidikan.
Jawab 5 soalan ini
dengan ringkas sahaja.
1.Apakah yang dimaksudkan dengan video
literasi?
-Literasi video menjurus kepada suatu keadah pengajaran yang secara tidak langsung dapat memberi ilmu pengetahuan melalui penontonan video secara berfaedah dan menghasilkan video.
2) Lima konsep utama menonton dan
menghasilkan video ialah:
a) Penulis membina mesej.
b) Format untuk setiap mesej adalah unik.
c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
-menerusi penggunaan video,sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu boleh juga meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat kerana video mempunyai jalinan pelbagai media (audio, grafik dll ) yang mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat juga boleh disampaikan secara realistic kerana video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik ,bagi membolehkan pelajar merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
a) Dokumentasi (Documentary)
– Menceritakan cerita sebenar tentang situasi dan watak sebenar.
b) Dramatization
– Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama.
c) Video storytelling
– beri peluang kepada pelajar menjadi kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita.
d) Virtual field trips
– Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak berpeluang pergi, contohnya hutan di Amazon
5) Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ini kerana , jika video yang dipilih dengan teliti maka bahan tajaan dari video akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selesai memilih video, gunakan juga alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Sebagai contonya borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar. Oleh sebab itu , pemilihan video harus menilai beberapa aspek penting seperti :
a) Mesej yang terkandung di dalam video
b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej
c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran.
d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran.

Assignment 8
Sila refleks
tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual?
Ciri-ciri reka cipta
visual:
Visual
adalah alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebihberkesan
daripadapenggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Keberkesananpenggunaan
visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. Ciri-cirivisual
yang baik ialah mudah, jelas, dan difahami, mesej dapat ditafsir
denganberkesan, interaksi aktif di antara pelajar dan guru, serta membantu
memfokuskanperhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual
Proses-proses:
i) Analisis
Proses mendefinisikan bahan yang
sepatutnya dipelajari.
Pada
peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis
pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.Terdapat beberapa soalan yang boleh
diajukan semasa proses analisis iaitu :-
Siapakah
pengguna dan apakah sifat-sifatnya?-
Menentukan
sikap baru yang akan dipamerkan-
Apakah
jenis halangan pembelajaran yang wujud?-
Apakah
pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?-
Apakah
tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?
Terdapat jenis analisis
yang diambil kira iaitu analisis tugas, analisis keperluan dan analisis
pengajaran.
ii) Pembangunan
Proses mengarang dan
menghasilkan bahan pembelajaran-Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan
dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan
akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
iii) Pelaksanaan
Proses memasukkan bahan
pengajaran dalam dunia yang sebenar. Projek multimedia yang
disiapkan akan digunakan akan diuji bagi mengenal pasti kesilapan semasa proses
pembangunan projek dilaksanakan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan
dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna.
iv) Penilaian
Proses mengenal pasti
impak pengajaran.
Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian
sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang
memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen
multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.
0 comments:
Post a Comment