Web 2.0 adalah hasil cetusan idea
O’Reilly dan MediaLive International. Ia
juga dikenali sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna
internet untuk terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu kriteria utama
web ini ialah pengunjung atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan
dan penambahbaikan web ini . Inovasi dalam dunia web semakin hari semakin
berkembang pesat dan hasilnya muncul web 2.0 yang telah berkembang pada sejak tahun
2004 dan telah digunakan secara meluas pada masa sekarang ini. Web ini
merupakan teknologi yang menyatukan teknologi yang sedia ada iaitu dari web 1.0.
Penyatuan dan penggabungan ini adalah terdiri dari HTML,CSS, JavaScript, XML
dan AJAX. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada perubahan corak berfikir
dalam menyampaikan kandungan dan persembahan dalam sebuah laman web. Web ini lebih menjurus kepada ‘read and write’. Hasil
daripada inovasi dan penambahbaikan telah menjadikan web 2.0 ini lebih baik
daripada web sebelumnya. Web 2.0 mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu
pengguna (pengunjung web) boleh melihat
suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua halaman untuk melihat
satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan
web 2.0 merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti
Windows. Contoh web 2.0 adalah facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote,
iTunes, Skype dan sebagainya.
Ciri-Ciri
Web 2.0
1 Uquibitious teknologi: Mengandungi
aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan
terus melalui web browser dan tidak memerlukan muat turun pada komputer. Contoh
seperti aplikasi javascript, java applets, dan yang sebagainya.
2. User-generated
content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen,
menulis artikel seperti yang boleh didapati dalam blog, forum, Friendster, MySpace,
Squidoo dan sebagainya. Dalam web 2.0, penggunjung boleh menjadi pelanggan (subscriber) dan penyumbang (contributor).
3. Membolehkan
pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau menjemput rakan ( add-a-friend) seperti pada Friendster atau MySpace.
Boleh memberi maklumat secara cepat kepada
pengunjung apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa
website setiap hari sekiranya penulis telah menulis artikel baru.
5 Penggunaan
skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau hanya
sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan
sebagainya.
6 Penggunaan
Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk
memberi kategori kepada webpage, links dan gambar .
0 comments:
Post a Comment