Dalam abad ke
21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan peredaran
masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan
komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud
produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara
atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Pelbagai alatan gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam
pendidikan seperti pc tablet, iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah
memperkenalkan pendidikan berasaskan “Mobile
Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu para pelajar dan guru untuk
mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini
kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget
atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah.
Pengguna hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan
adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad,
pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga
perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti
Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka.
Aplikasi seperti Numbers pula boleh
digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.
Selain daripada
itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada pelajar
untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang
sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh
memuat turun iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam
itunes u dan disimpan di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih
peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan
iBook ini telah diperkenalkan dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik
dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai
120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan
sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar
di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini
amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
Sejajar dengan itu,, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk
membantu pelajar-pelajar dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan
teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran.
0 comments:
Post a Comment