NOORAINI BINTI ZAINAL
[PT122172CT]
TUGASAN POWERPOINT (INDIVIDU)
TUGASAN INFOGRAFIK (INDIVIDU)
TUGASAN EDMODO
TUGASAN 1:
(1) PENGGUNAAN VIDEO DAN STAIL
PEMBELAJARAN
Tayangan video mampu menerapkan
kemahiran dalam kalangan pelajar untuk
membuat imaginasi secara visual berkaitan pembelajaran. Kesan bunyi
daripada video pula dapat merangsang atau menghidupkan pembelajaran. Teks yang
terdapat dalam video pula berfungsi membantu pelajar memahami tayangan dengan
membacanya. Di samping itu, video turut melibatkan kinestetik di mana pelajar
belajar dengan lebih baik melalui sentuhan, pergerakan dan melakukan. Ini akan
mendatangkan keseronokan dan hiburan serta merangsang pelajar mempelajari
sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. Selain itu, ia
dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan konsep
di samping mempertingkatkan perkembangan
individu mengikut kemajuan masing-masing terutama murid-murid lemah akan dapat
mengimbas kembali pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja.
(2) PENGGUNAAN VIDEO DAN
UBIQUITOUS LEARNING
Pembelajaran ubiquitous adalah
pendekatan pembelajaran merentasi masa dan tempat. Selain belajar dalam bilik darjah, murid
belajar di pelbagai lokasi pada bila-bila masa. Ini bermakna, murid dari
pelbagai tempat dan bila-bila masa boleh berkongsi atau bertukar-tukar video pembelajaran.
Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berbentuk “conference” dapat
dilaksanakan dalam jarak jauh melalui penggunaan video dengan aplikasi seperti Skype dan sebagainya. Di samping itu,
penggunaan video sebagai kaedah pembelajaran adalah tidak ‘rigid’ iaitu
mempunyai kelonggaran masa di samping memberi peluang mencuba idea sendiri dan
memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu jawapan.
(3) PENGGUNAAN VIDEO DAN HOTS
(HIGHER ORDER THINKING SKILLS)
Analisis, Sintesis, dan Penilaian
adalah tiga peringkat dalam HOTS dan penting dalam pemikiran kritikal.
Penggunaan video dapat membangkitkan murid-murid untuk berfikir secara
kritikal. Daripada tayangan video tersebut, secara automatik mereka akan
mengkritik, menganalisis dan menilai mengikut pandangan atau pemikiran sendiri.
(4) PENGGUNAAN VIDEO DAN
KEMAHIRAN SOSIAL PELAJAR
Kemahiran sosial dapat
didefinisikan sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengn
individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Melalui penggunaan video dalam
pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar sesama pelajar dan
juga guru di mana mereka saling berkomunikasi dan bertukar-tukar idea. Di
samping itu, pelajar akan mengenali rakan baru apabila mereka berkomunikasi
atau memperkatakan atau membincangkan atau mengulas tentang video tersebut di
laman internet seperti youtube dan laman-laman perkongsian pendidikan.
(5) PENGGUNAAN VIDEO DAN
PENINGKATAN KESEDARAN
TUGASAN 2:
APAKAH KEKANGAN JIKA KITA
MENGGUNAKAN VIDEO DALAM KELAS?
- Antara kekangan penggunaan video di dalam kelas ialah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini. Selain itu, ketiadaan atau gangguan bekalan elektrik terutamanya di kawasan yang kurang membangun, gangguan kepada kelas bersebelahan atau proses p&p kelas bersebelahan kesan daripada efek bunyi video, murid bising bila menonton juga menjadi kekangan dalam mengaplikasikan kaedah mengajar tersebut.
TUGASAN 3:
BAGAIMANA MENGGUNA VIDEO DALAM KELAS? SEBELUM, SEMASA DAN
SELEPAS.
Sebelum:
- Merancang apakah video yang ingin ditayangkan. Adakah ianya berkesan dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar adalah satu soalan yang perlu diambil kira dalam pemilihan video yang ingin ditayangkan. Penyediaan alatan dan teknikal video adalah perlu supaya pelaksanaan p&p tidak terganggu. Memilih tempat yang sesuai untuk p&p dilaksanakan juga penting.
Semasa :
- Memberikan situasi p&p yang terkawal dan guru perlu turut menyelitkan soalan dalam memotivasikan murid.
Selepas :
- Membuat kesimpulan video yang ditayangkan dan membuka sesi soal jawab kepada murid berkenaan tayangan. Guru juga perlu bertanyakan pendapat daripada murid.
TUGASAN 4:
Dapatkan
satu contoh manipulasi (s) yang anda boleh gunakan untuk arahan. Kemukakan
manipulasi (s) dan penerangan bagaimana anda akan menggunakan, termasuk
objektif.
- Salah satu contoh manipulasi yang boleh saya gunakan untuk pengajaran Sejarah adalah paparan (displays). Paparan (displays) merupakan objek, visual dan bahan-bahan bercetak (contohnya, label dan penerangan). Kebanyakan paparan (displays) termasuklah maklumat deskriptif mengenai objek atau visual yang ditunjukkan. Paparan pengajaran bukan sahaja digunakan di dalam kelas tetapi juga di muzium dan tempat-tempat lain. Saya sebagai guru akan menggunakannya dengan meletakkan lembaran kertas panjang di dinding paparan. Lembaran kertas akan memaparkan jadual kronologi masa dan peristiwa sejarah untuk tajuk “Pendudukan Jepun di Negara Kita”. Objektifnya adalah supaya untuk memupuk pemahaman dan ingatan kekal pelajar akan tajuk tersebut apabila mereka sering melihat paparan selain mengasah kemahiran visual mereka dalam pembelajaran.
- Sebagai guru mata pelajaran Sejarah, saya akan merancang pengajaran dengan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar atau field trip (real) ke Gua Niah di Miri, Sarawak. Saya akan membawa pelajar saya dari tingkatan 1 bersesuaian untuk mendedahkan mereka dengan keadaan sebenar berkenaan tajuk “Zaman Prasejarah di Malaysia”
- Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar saya juga boleh melawat ke laman-laman web seperti berikut sebagai perjalanan medan maya untuk pelajaran tersebut:
TUGASAN 5:
- Siapa mencipta mesej
- Teknik kreatif untuk menarik perhatian penonton
- Pemahaman mesej yang berbeza oleh penonton yang berbeza
- Nilai, cara hidup dan sudut pandang yang diwakili atau ditinggalkan/ dibuang
- Apa tujuan mesej.
- Apa yang dihasilkan melalui video tersebut.
- Mesej yang disampaikan dapat menghasilkan kefahaman dalam format video, kreativiti, dan teknologi.
- Mesej yang dihasilkan melalui video tersebut dapat menepati penonton yang disasarkan.
- Video yang dihasilkan dapat menerapkan nilai cara hidup dan pandangan secara jelas dan konsisten.
- Apakah keberkesanan penghasilan video tersebut.
- Domain kognitif - Dalam domain kognitif, pelajar dapat melihat peristiwa bersejarah dan peristiwa terkini dalam bentuk rakaman sebenar. Dengan adanya penghasilan warna, bunyi, dan gerakan dalam video, ianya dapat membentuk satu pergerakan peristiwa yang sebenar contohnya untuk pengajaran Sejarah. Video juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar untuk memahami setiap tajuk yang diajar oleh guru. Ianya juga dapat menunjukkan proses, hubungan atau teknik berkaitan dengan pengajaran tersebut.
- Domain afektif - Aplikasi video adalah sesuai untuk pembelajaran afektif. Peranan model dan mesej dramatik dalam video boleh mempengaruhi sikap pelajar. Oleh sebab ianya berpotensi besar dalam memberi kesan emosi, video juga amat berguna dalam membentuk peribadi dan sosial pelajar. Program dokumentari seringkali didapati berkesan ke atas sikap pelajar. Sebagai contoh, Dokumentari yang dibuat semasa zaman Great Depression, berkesan membawa kesusahan era tersebut ke dalam diri pelajar yang tidak pernah mengenali kesusahan. Selain itu, pelajar juga boleh membina pemahaman tentang sesuatu budaya melalui tontonan video yang menggambarkan orang-orang dari pelbagai pelosok dunia.
- Domain psikomotor - Video adalah salah satu cara yang terbaik untuk menunjukkan kemahiran yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran psikomotor yang berkaitan dengan pergerakan tubuh badan. Penggunaan kemahiran psikomotor lebih senang ditunjukkan melalui demonstrasi melalui video daripada proses kehidupan yang sebenar. Selain daripada itu penggunaan dalam bentuk video juga memudahkan untuk ditunjukkan dalam langkah demi langkah kerana ianya dapat digerakkan secara pantas dalam satu-satu masa. Guru juga boleh merekod persembahan pelajar dan dengan cara ini pelajar itu sendiri dapat melihat pergerakan yang dihasilkan oleh mereka. Guru-guru dan juga rakan-rakan boleh memberikan komen terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh mereka.
- Domain interpersonal - Dengan menonton program video bersama-sama, pelbagai kumpulan pelajar boleh membina asas pengalaman yang sama sebagai pemangkin untuk perbincangan. Apabila pelajar mempelajari kemahiran interpersonal, seperti menyelesaikan konflik atau hubungan rakan sebaya, mereka membuat pemerhatian tingkah laku orang lain dalam video untuk demonstrasi dan analisis. Maka pelajar mempraktikkan kemahiran interpersonal mereka di hadapan kamera supaya mereka boleh melihat diri mereka dan juga menerima maklum balas daripada rakan-rakan dan guru. Peranan yang dimainkan oleh Vignettes boleh dianalisis untuk menentukan apa yang berlaku dan meminta pelajar apa yang akan mereka lakukan seterusnya. Pembukaan dan penamat yang dramatik mempersembahkan konfrontasi yang tidak dapat diselesaikan, meninggalkan kepada penonton untuk membincangkan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.
- Dokumentari memaparkan fakta dan bukan fiksyen. Video dokumentari cuba untuk menggambarkan cerita benar dengan situasi dan orang-orang yang sebenar.
- Dramatization membantu untuk meningkatkan kemahiran penyoalan, menggalakkan perbincangan, pemahaman dan kreativiti pelajar. Ianya juga boleh membina karakter dan sikap positif pelajar dalam kalangan masyarakat majmuk, kurang upaya serta membina keyakinan diri dan semangat bekerja secara berkumpulan.
- Video Storytelling menjadikan pelajar lebih kreatif dalam membina penulisan, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar untuk meluahkan idea atau pendapat mereka melalui penceritaan. Pelajar boleh mengajar dan pada masa yang sama belajar melalui video ini.
- Video jenis Virtual Field Trips pula boleh membantu membawa pelajar ke tempat-tempat di mana mereka tidak mungkin dapat pergi. Video ini dapat mempertingkatkan dan membina pengetahuan daripada pembacaan buku teks, deskripsi internet ataupun mendengar pengajaran guru.
- Pemilihan
video:
Dalam
dunia pendidikan, guru mempunyai akses untuk pelbagai video pendidikan dari
pelbagai sumber. Syarikat swasta, persatuan, dan agensi-agensi kerajaan turut menaja
video untuk sebab-sebab tertentu. Kelebihannya adalah percuma dan murah. Namun,
kita perlu berhati-hati dalam memilih video sebegini kerana terdapat juga
bahan-bahan video yang dihasilkan oleh persendirian atau syarikat swasta yang
berkepentingan sendiri di mana ia berasaskan produk mereka yang sama sekali
tidak sesuai untuk tujuan pengajaran. Contohnya, pembuatan minuman beralkohol
ataupun rokok. Beberapa material kerajaan dan persatuan mungkin juga
mengandungi sedikit propaganda atau hasutan. Oleh itu, dalam memilih video
sebagai bahan pengajaran, guru mesti meneliti material tajaan tersebut terlebih
dahulu agar video yang dipilih adalah bernilai sebagai bahan pengajaran di
dalam bilik darjah.
- Penilaian
Video :
Selepas
memilih beberapa video yang bagus, guru boleh menggunakan alat penilaian yang
bersesuaian untuk menilai pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan
menggunakan video tersebut sesetengah sekolah dan juga laman pendidikan ada
menyediakan borang penilaian yang telah diselaraskan untuk membuat penilaian
terhadap beberapa faktor yang melibatkan orang lain. Bentuk penilaian yang
ringkas dan lengkap juga dapat membantu guru tersebut untuk memilih bahan-bahan
bantu mengajar yang dapat menarik lebih minat pelajar dalam aktiviti
pembelajaran. Contohnya, dengan adanya penilaian tersebut dapat membantu guru
untuk membeli atau menyewa video untuk tajuk-tajuk tertentu.
0 comments:
Post a Comment