Sepertimana negara-negara lain, kurikulum di Malaysia telah memberi penekanan dalam beberapa perkara dalam menyediakan pelajar yang seterusnya modal insan negara supaya mempunyai ciri-ciri dalam diri mereka seperti berikut:
Monday, 31 December 2012
Thursday, 27 December 2012
IPAD
IPad adalah
satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple.
Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih
besar daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop,
yang juga berfungsi untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah
satu tablet yang tidak mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang
digunakan untuk mengawal peranti.
Seperti telefon pintar iPhone yang juga
dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk
menjalankan aplikasi pihak ketiga, yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang
direka untuk iPhone juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak
terdapat aplikasi IOS yang dibangunkan khusus untuk penggunaan iPad.
Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti
netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem
operasinya.
Oleh kerana skrin
iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi daripada IOS
Apple yang hanya dapat digunakan
pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti, grafik dan video editing. IPad
telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh yang bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm
sahaja. iPad juga telah dibina dengan menggunakan sistem processor buatan Apple
A41 GHz. Baterinya boleh menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan
mampu bertahan selama sebulan jika hanya menggunakan fungsi standby.
IPad juga dilengkapi
dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-turun lagu dan
video serta berkongsi data dengan iPod. iPad juga disertai dengan aplikasi
iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam
format PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai
digunakan untuk pembaca e-book. IBooks
adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad memuat turun buku dalam
bentuk versi elektronik dari iBookstore dan boleh dibaca pada iPad. Selain
daripada itu, iPad yang mempunyai skrin
warna penuh membolehkan pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita
kanak-kanak dan juga majalah. Aplikasi ibook ini juga boleh dibaca satu halaman
pada satu masa dalam mod potret atau dengan sebelah muka surat dalam mod
landskap.
Semua versi
iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi.
Dengan adanya perisian tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari
web, memeriksa e-mail , dan memuat turun aplikasi secara langsung kepada
peranti. Beberapa versi iPad generasi baru terdapat model yang mempunyai
sokongan 3G untuk memuat turun data melalui sambungan talian
telekomunikasi dan ini memerlukan
kontrak perkhidmatan selular yang dibayar secara bulanan. Keluaran generasi
pertama iPad tidak mempunyai kamera, manakala iPad generasi kedua tilah
diubahsuai dengan mempunyai kamera pada
kedua-duanya termasuk kamera depan dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini,
pengguna iPad boleh menggunakannya untuk persidangan video dengan pengguna iPad
yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi FaceTime.
IPAD DALAM PENDIDIKAN
Dalam abad ke
21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan peredaran
masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan
komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud
produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara
atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Pelbagai alatan gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam
pendidikan seperti pc tablet, iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah
memperkenalkan pendidikan berasaskan “Mobile
Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu para pelajar dan guru untuk
mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini
kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget
atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah.
Pengguna hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan
adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad,
pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga
perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti
Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka.
Aplikasi seperti Numbers pula boleh
digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.
Selain daripada
itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada pelajar
untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang
sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh
memuat turun iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam
itunes u dan disimpan di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih
peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan
iBook ini telah diperkenalkan dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik
dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai
120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan
sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar
di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini
amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
Sejajar dengan itu,, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk
membantu pelajar-pelajar dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan
teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran.
Saturday, 15 December 2012
8 WAYS TECHNOLOGY IS IMPROVING EDUCATION
8 WAYS TECHNOLOGY IS IMPROVING EDUCATION
Sumber dari laman : http://mashable.com/2010/11/22/technology-in-education/
Sumber dari laman : http://mashable.com/2010/11/22/technology-in-education/
Subscribe to:
Posts (Atom)