Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 31 December 2012

PELAJAR ABAD KE - 21

Sepertimana negara-negara lain, kurikulum di Malaysia telah memberi penekanan dalam beberapa perkara dalam menyediakan pelajar yang seterusnya modal insan negara supaya mempunyai ciri-ciri dalam diri mereka seperti berikut:


Thursday, 27 December 2012

IPAD


  IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak mempunyai papan kekunci  tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan untuk mengawal peranti.

 Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi pihak ketiga, yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka untuk iPhone juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak terdapat aplikasi IOS  yang dibangunkan khusus untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem operasinya.

  Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi  daripada IOS Apple  yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti, grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh yang bersaiz  9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. iPad juga telah dibina dengan menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan jika hanya menggunakan fungsi standby.

  IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. iPad juga disertai dengan aplikasi iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan untuk pembaca e-book. IBooks  adalah satu aplikasi yang dibina  untuk pengguna iPad memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBookstore dan boleh dibaca pada iPad. Selain daripada itu,  iPad yang mempunyai skrin warna penuh membolehkan pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga majalah. Aplikasi ibook ini juga boleh dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan sebelah muka surat dalam mod landskap.

  Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi. Dengan adanya perisian tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari web, memeriksa e-mail , dan memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Beberapa versi iPad generasi baru terdapat model yang mempunyai sokongan 3G  untuk memuat turun data melalui sambungan talian telekomunikasi dan  ini memerlukan kontrak perkhidmatan selular yang dibayar secara bulanan. Keluaran generasi pertama iPad  tidak mempunyai  kamera, manakala iPad generasi kedua tilah diubahsuai dengan mempunyai  kamera pada kedua-duanya termasuk kamera depan dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini, pengguna iPad boleh menggunakannya untuk persidangan video dengan pengguna iPad yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi FaceTime.

IPAD DALAM PENDIDIKAN



Dalam abad ke 21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan peredaran masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Pelbagai alatan gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam pendidikan seperti pc tablet, iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah memperkenalkan pendidikan berasaskan “Mobile Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu para pelajar dan guru untuk mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pengguna hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan iBook ini telah diperkenalkan dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sejajar dengan itu,, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran. 

Saturday, 15 December 2012

Friday, 2 November 2012

WEB 1.0


( Sumber dipetik dari Wikipedia )


Web 1.0 
was an early stage of the conceptual evolution of the World Wide Web, centered around a top-down approach to the use of the web and its user interface. Socially users could only view webpages but not contribute to the content of the webpages. According to Cormode, G. and Krishnamurthy, B. (2008): "content creators were few in Web 1.0 with the vast majority of users simply acting as consumers of content." Technically, Web 1.0 webpage's information is closed to external editing. Thus, information is not dynamic, being updated only by the webmaster. Economically, revenue generated from the web was made by concentrating on the most visited webpages, the head and software's cycle releases. Technologically, Web 1.0 concentrated on presenting, not creating so that user-generated content was not available.
Characteristics
Terry Flew, in his 3rd Edition of New Media described what he believed to characterize the differences between Web 1.0 and Web 2.0:
"move from personal websites to blogs and blog site aggregation, from publishing to participation, from web content as the outcome of large up-front investment to an ongoing and interactive process, and from content management systems to links based on tagging (folksonomy)".
Flew believed it to be the above factors that form the basic change in trends that resulted in the onset of the Web 2.0 "craze".
The shift from Web 1.0 to Web 2.0 can be seen as a result of technological refinements, which included such adaptations as "broadband, improved browsers, and AJAX, to the rise of Flash application platforms and the mass development of widgetization, such as Flickr and YouTube badges". As well as such adjustments to the Internet, the shift from Web 1.0 to Web 2.0 is a direct result of the change in the behavior of those who use the World Wide Web. Web 1.0 trends included worries over privacy concerns resulting in a one-way flow of information, through websites which contained "read-only" material. Now, during Web 2.0, the use of the Web can be characterized as the decentralization of website content which is now generated from the "bottom-up" with many users being contributors and producers of information, as well as the traditional consumers
To take an example from above, Personal web pages were common in Web 1.0, and these consisted of mainly static pages hosted on free hosting services such as Geocities Nowadays, dynamically generated blogs and social networking profiles, such as Myspace and Facebook, are more popular], allowing for readers to comment on posts in a way that was not available during Web 1.0

Web 1.0 design elements
Some design elements of a Web 1.0 site include:
  • Static pages instead of dynamic user-generated content
  • The use of framesets
  • The use of tables to position and align elements on a page. These were often used in combination with "spacer" GIFs (1x1 pixel transparent images in the GIF format.
  •  Proprietary HTML extensions such as the <blink> and <marquee> tags introduced during the first browser war
  • Online guestbooks
  • GIF buttons, typically 88x31 pixels in size promoting web browsers and other products
  • HTML forms sent via email. A user would fill in a form, and upon clicking submit their  email client would attempt to send an email containing the form's details.    

Tuesday, 30 October 2012

BAHAN ICT

Halaman ini menyenaraikan beberapa alat dan aplikasi yang boleh digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Semoga alat dan aplikasi ini dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid, insya-Allah.

www.mimedia.com
Aplikasi ini menyediakan ruang maya sebanyak 7 GB unutk membolehkan kita menyimpan pelbagai dokumen dan fail. Kita juga boleh berkongsi dokumen dan fail bersama pengguna-pengguna yang lain.

www.box.com
Aplikasi ini menyediakan ruang maya sebanyak 5 GB unutk membolehkan kita menyimpan pelbagai dokumen dan fail. Kita juga boleh berkongsi dokumen dan fail bersama pengguna-pengguna yang lain.

www.dropbox.com
Aplikasi ini menyediakan ruang maya sebanyak 2.5 GB unutk membolehkan kita menyimpan pelbagai dokumen dan fail. Kita juga boleh berkongsi dokumen dan fail bersama pengguna-pengguna yang lain

www.bubbl.us
Aplikasi ini membolehkan kita melakar peta minda untuk semua subjek. Amat sesuai digunakan untuk menjana idea untuk pelbagai aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan.

www.edmodo.com
Aplikasi yang mempunyai paparan dan fungsi yang mirip facebook. Amat sesuai digunakan oleh guru dan murid yang tidak mahu menggunakan platform facebook untuk pengajaran dan pembelajaran.

www.voki.com
Aplikasi ini mempunyai fungsi menukarkan teks kepada ujaran. Amat sesuai untuk pelajar yang mempunyai masalah membaca terutama menyebut perkataan dan ayat. Mempunyai pilihan 25 bahasa termasuk bahasa Indonesia.

www.jpegmini.com
Aplikasi ini boleh mengurangkan saiz gambar sehingga 5 kali lebih kecil tanpa mengecilkan gambar yang asal. Cubalah :-)

www.stencyl.com
Membolehkan kita membina permainan untuk telefon bimbit tanpa menggunakan kod.

www.flipsnack.com
Menukarkan dokumen bentuk PDF kepada bentuk buku maya yang boleh dibelek.

www.popplet.com
Suatu platform untuk menyusun dan berkongsi idea.

www.eduslide.net
membina dan menyampaikan pembelajaran dalam talian.

www.jux.com
Membina lelaman dengan menggunakan teknik seret dan letak.

www.rstat.us
membolehkan pengguna memulakan blog yang kecil.

www.memolane.com
merakam masa silam dan mengingat kembali kenangan lalu.

www.littlebirdtales.com
murid-murid boleh mencipta cerita mereka sendiri dalam bentuk buku maya.

www.pen.io
penerbitan dalam talian yang mudah.

Kredit kepada : http://abdulmalekbinahmad.wikispaces.com/Bahan+ICT

FROGASIA


What Is The Frog VLE?
Think of Frog as a social network for schools.
The Frog Virtual Learning Environment (VLE) is a web-based learning system that replicates real-world learning by integrating virtual equivalents of conventional concepts of education. For example, teachers can assign lessons, tests, and marks virtually, while students can submit homework and view their marks through the VLE. Parents can view school news and important documents while school administrators can organise their school calendars and disseminate school notices via the Internet.

Learning Beyond Boundaries
With the VLE, education does not have to be confined to a traditional classroom and with the Internet, can take place anywhere, anytime. Because the VLE is web-based, learning can happen on a smartphone, a tablet, or at home on a desktop. Teachers and students can also interact and communicate with each other in a more convenient and flexible way. 


Monday, 29 October 2012

PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Antara elemen yang ditekankan dalam pembelajaran abad ke-21 ialah:
  •  Pengajaran dan pembelajaran berasaskan murid
  •   Pembelajaran kolaboratif
  • Pembelajaran berasaskan kemahiran dan proses
  • Pemikiran aras tinggi
  • Praktikal
  • Kemahiran hidup
  • Berkumpulan
  • Komuniti
  •  Pentaksiran formatif
  •  Belajar untuk kehidupan

FLUBAROO



  • Flubaroo adalah alat percuma yang membantu anda untuk mendapatkan gred tugasan aneka pilihan atau isi kosong dengan cepat.
  • Lebih daripada sekadar alat penggredan, Flubaroo juga:
  1. ·         Mengira Perincian tugasan purata.
  2. ·         Mengira skor purata setiap soalan, dan bendera soalan markah rendah.
  3. ·         Menunjukkan anda satu graf taburan gred.
  4. ·         Memberi anda pilihan untuk email setiap pelajar gred mereka, dan kunci jawapan.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN


v  Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991).

v  Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

v  Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).




PENDIDIKAN ABAD KE-21


Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia
berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri
telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru
akan datang iaitu:

·         kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
·         kekuatan minda (krestif dan proaktif)
·         nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
·         semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
·         ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,
maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri
berikut pula:
·         menguasai subjek (kandungan kurikulum)
·         mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
·         memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
·         memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·         memiliki kemahiran kaunseling
·         menggunakan teknologi terkini
·         dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
·         boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
·         memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.